Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

10 April 2017

Aktiviti KM1M 2017 WPKL

Aktiviti: KM1M Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur
Tarikh: 5 April 2017 ( Rabu )
Tempat ( serentak ): 1. Perpustakaan Kuala Lumpur 2. Perbadanan Kota Buku 3. SMK Putrajaya Presint 9 (2)

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah diadakan bermula pada 4 sehingga 6 April 2017. Pada 5 April 2017 , KM1M telah dijalankan serentak ditiga tempat iaitu di Perbadanan Kota Buku ( Bengkel Penulis Muda ) yang melibatkan 40 orang murid, SMK Putrajaya Presint 9 (2) ( Bengkel Literasi Media & Maklumat ) yang melibatkan 250 orang murid Putrajaya dan di Perpustakaan Kuala Lumpur yang melibatkan 240 orang murid daripada 60 buah sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan mengikut tiga tempat iaitu:

1. Perpustakaan Kuala Lumpur

Tarikh                           : 5 April 2017
Masa                            : 8.30 – 1.00 petang
Tempat                         : Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), Jalan Raja, WP Kuala Lumpur

Aktiviti                          :
Ø  PKG Segambut Jaya : Literasi Maklumat
Lokasi : Ruang bacaan dan galeri PKL
Sasaran : 40 orang murid sekolah menengah

Ø  PKG Sentul : Literasi Maklumat Frog VLE
Lokasi : Bilik Mawar, PKL
Sasaran : 20 orang murid sekolah menengah dan
                 20 orang murid sekolah rendah

Ø  PKG Keramat : Illustrasi Buku
Lokasi : Bilik Melur 1 dan 2
Sasaran : 20 orang murid sekolah menengah dan
                 20 orang murid sekolah rendah

Ø  PKG Pudu : Jejak Maklumat
Lokasi : Seluruh kawasan PKL
Sasaran : 40 orang murid sekolah menengah

Ø  PKG Bangsar : Rekacipta Bahan Terpakai
Lokasi : Bilik Orkid, PKL
Sasaran : 40 orang murid sekolah menengah

Ø  PKG Kg Pandan : Big Book
Lokasi : Bilik Orkid, PKL
Sasaran : 40 orang murid sekolah menengah




2. Perbadanan Kota Buku


Seramai 37 orang murid  diiringi oleh 9 orang  guru dari 9 buah sekolah telah menyertai bengkel ini. Fasilitator terdiri daripada staf , pelatih dari ASWARA dan Puan Rosilawati Bt. Maabar dari BTPN WPKL selaku urusetia telah membantu perjalanan bengkel sehingga tamat.

Bengkel sehari ini memberi fokus kepada penghasilan ilustrasi dalam penulisan buku kanak-kanak.

Penceramah Puan Eva Shelvia, seorang illustrator yang terkenal dari Indonesia melalui karyanya Timun Emas yang banyak memenangi anugerah telah berjaya menarik minat para peserta untuk untuk menghasilkan watak utama dengan pelbagai teknik penghasilan ilustrasi.




3. SMK Putrajaya Presint 9 (2)

Aktiviti: Bengkel Literasi Media & Maklumat 
Pegawai Pengiring (PTP BTPN WPKL): En Adam Shah Kamaludin & En Thanesh 
Wakil Perpustakaan Negara Malaysia: En Yazid ( Penolong Pengarah PNM )
Guru Putrajaya: 25 orang
Murid Putrajaya: 250 orang




Sumber Laporan: 
P.K.L ( Pn Arinawati ) / Kota Buku ( Pn Rosilawati ) / Putrajaya ( En Thanesh )
Kemaskini 3 laporan / Gambar kolaj: Pembantu Pustakawan

Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.